termite-monitoring-station

Hubungi kami di 1300 881 911  or Hubungi Kami untuk sebut harga

Rawatan Pengumpanan Anai-anai

Sesetengah orang akan mencari ubat anai anai yang berkesan untuk merawat infestasi serangga semasa menghadapi masalah anai-anai. Walaupun mengguna cara DIY untuk bunuh anai anai mungkin berkesan tetapi tanpa servis pakar adalah berisiko kerana infestasi anai-anai akan merebak lagi serius jika cara yang digunakan adalah salah. 

Fungsi Rawatan Pengumpanan Anai-anai (Termite Baiting Treatment)

Pelan Pengumpanan Anai-anai Rentokil direka khas untuk melindungi harta benda anda dan merupakan cara untuk menghapuskan anai-anai Coptotermes yang efektif . Dengan mengadaptasi cara pencarian anai-anai yang unik, pengumpanan dan penghapusan, rawatan ini akan menghapuskan koloni anai-anai dengan menggunakan sistem pengumpanan anai-anai dan peranti pengesahan anai-anai yang terkini. 

Perlindungan Rumah Dan Keluarga Anda Bermula Di Sini

Pelan Penghapusan Koloni Rentokil (Rentokil Colony Elimination Plan)

Dengan pelan perlindungan ini, umpan anai-anai dan stesen pemantauan akan diletakkan di sekitar harta benda anda dan dipantau secara rutin untuk aktiviti anai-anai. Disebabkan tingkah laku semula jadi mereka mencari makanan, pekerja anai-anai akan memakan umpan dan berkongsi dengan anai-anai yang lain dalam koloni tersebut. Bahan aktif dalam umpan anai-anai akan memberi kesan dengan menghentikan kejadian ""salin kulit"" yang diperlukan mereka untuk membesar. Apabila anai-anai mati, koloni itu akan merosot bilangannya sehingga tidak mampu dikekalkan dan penghapusan terjadi.

Kami memahami bahawa setiap infestasi adalah unik bergantung kepada spesies anai-anai, kawasan serangan, tahap infestasi dan keadaan harta benda. Oleh itu, pakej kawalan anai-anai kami adalah direka untuk memberi anda rawatan yang paling berkesan dan pelan pemantauan, khususnya kepada keperluan anda untuk hapuskan anai anai.

Selain itu, penyelesaian umpan anai anai kami yang terkini dengan ‘sentiasa teknologi aktif’ merupakan cara hilangkan anai anai berkesan. Ini dapat memastikan anda akan senang hati dengan harta benda yang berada dalam keadaan baik.

Ciri-ciri:

  • Prosedur pengumpanan dijalankan oleh juruteknik perkhidmatan yang berpengalaman dan berkelayakan yang dilesenkan oleh Lembaga Racun Perosak Malaysia.

  • Pemeriksaan kualiti untuk memastikan penyelesaian umpan anai-anai dilakukan dengan sewajarnya.

  • Sokongan teknikal daripada kepakaran tempatan dan global.

  • Cara basmi anai anai yang berkesan

Faedah

  • Tidak mengganggu - penggerudian dalaman tidak diperlukan
  • Ketenteraman minda - rutin dan pemeriksaan yang berterusan untuk tanda aktiviti anai-anai
  • Mesra alam - semua stesen mengandungi ubat anai anai tidak toksik

Pilihan sistem rawatan anai anai bergantung kepada beberapa faktor seperti spesies anai-anai, binaan harta benda anda dan tahap masalah anai-anai. Pasukan pembunuh anai anai Rentokil akan membantu anda menentukan sama ada kaedah umpan sesuai untuk anda. Dengan cara dan umpan yang betul, kami yakin kami dapat mengatasi masalah anai anai anda dalam masa yang singkat.

Hubungi kami 1300 881 911 hari ini atau hubungi kami dalam talian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pelan Penghapusan Koloni Rentokil (RCEP).


Langkah Seterusnya

Adakah Servis Rentokil Meliputi Kawasan Anda?

Locations


Find your local agency

Peninsular South & East Coast

East Malaysia

Peninsular Central & North

Contact


Call your local branch

Residential: 1300 881 911
Commercial: 1300 882 911

or fill out your details and we will call you back

myRentokil