Hubungi kami di 1300 881 911
Sesetengah orang akan mencari ubat anai anai yang berkesan untuk merawat infestasi serangga semasa menghadapi masalah anai-anai. Walaupun mengguna cara DIY untuk bunuh anai anai mungkin berkesan tetapi tanpa servis pakar adalah berisiko kerana infestasi anai-anai akan merebak lagi serius jika cara yang digunakan adalah salah.
Pelan Pengumpanan Anai-anai Rentokil direka khas untuk melindungi harta benda anda dan merupakan cara untuk menghapuskan anai-anai Coptotermes yang efektif . Dengan mengadaptasi cara pencarian anai-anai yang unik, pengumpanan dan penghapusan, rawatan ini akan menghapuskan koloni anai-anai dengan menggunakan sistem pengumpanan anai-anai dan peranti pengesahan anai-anai yang terkini.
Melalui pelan perlindungan ini, pakar kami menentukan infestasi anai-anai dan pasangkan umpan anai-anai di premis anda. Dengan mengeksploitasi habitat mereka mencari makanan, pekerja anai-anai akan memakan umpan dan berkongsi dengan anai-anai yang lain dalam koloni tersebut. Bahan aktif dalam umpan anai-anai akan memberi kesan dengan menghentikan kejadian "salin kulit" semasa mereka membesar. Apabila anai-anai mati, koloni itu akan merosot bilangannya sehingga tidak mampu dikekalkan dan penghapusan terjadi.
Berdasarkan keperluan anda, pakej kawalan anai-anai kami adalah direka untuk memberi anda pelan pembasmian yang paling berkesan. Setiap infestasi adalah unik bergantung kepada spesies anai-anai seperti Coptotermes, kawasan serangan, tahap infestasi dan keadaan harta benda. Pelan pembasmian ini menentukan infestasi anai-anai dan pasangkan umpan anai-anai di premis anda dengan memastikan anda akan senang hati dengan harta benda yang berada dalam keadaan baik.
Prosedur pengumpanan dijalankan oleh juruteknik perkhidmatan yang berpengalaman dan berkelayakan yang dilesenkan oleh Lembaga Racun Perosak Malaysia.
Pemeriksaan kualiti untuk memastikan penyelesaian umpan anai-anai dilakukan dengan sewajarnya.
Sokongan teknikal daripada kepakaran tempatan dan global.
Cara basmi anai anai yang berkesan
Pasukan pembunuh anai anai Rentokil akan membantu anda menentukan sama ada kaedah umpan sesuai untuk anda. Dengan cara dan umpan yang betul, kami yakin kami dapat mengatasi masalah anai anai anda dalam masa yang singkat.
Hubungi kami 1300 881 911 hari ini atau hubungi kami dalam talian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pelan Penghapusan Koloni Rentokil (RCEP).