Ada Masalah Anai-Anai Aktif?
Dapatkan Rawatan Pengumpanan Anai-Anai untuk merawat infestasi tersebut
Ketahui Lanjut >>
Hubungi kami di 1300 881 911
Apabila menghadapi masalah anai-anai, sesetengah orang lebih gemar mengguna cara DIY untuk membasmikan anai-anai. Pengunaan rawatan DIY mungkin berkesan tetapi ia mempunyai risiko dari segi keselamatan sekiranya racun tersebut tidak mendapat kelulusan dari Lembaga Pertanian dan cara aplikasi yang salah akan mendorong infestasi yang lagi teruk. Anda patut dapatkan servis pakar untuk mengendali masalah anai anai anda.
Rawatan racun cecair adalah salah satu kaedah yang amat berkesan untuk cegah anai anai. Demi melindungi harta tanah anda, rawatan Rentokil dapat mengawal masalah anai-anai dan ini merupakan cara menghalau anai anai yang berkesan. Dengan juruteknik yang berpengalaman serta jaminan lanjutan daripada Rentokil, anda boleh menginap di rumah tanpa risau.
Rawatan racun anai anai cecair membentuk zon rawatan di sekeliling perimeter premis anda melalui penggerudian lubang dan suntikan cecair kimia anai-anai ke dalam tanah. Ini akan mewujudkan sempadan antara struktur tanah dan bangunan. Apabila anai-anai bawah tanah melalui zon terawat untuk mencari makanan, sisa-sisa cecair kimia tersebut akan meliputi seluruh badan mereka. Anai-anai yang terdedah kepada racun akan menyebarkan bahan aktif kepada seluruh koloni dengan sentuhan fizikal. Proses ini dapat mengatasi infestasi yang akan memudaratkan hartanah anda.
Rawatan Sempadan Cecair Kimia Rentokil merupakan penyelesaian yang selamat dan efektif untuk melindungi rumah dan keluarga anda daripada kemusnahan anai-anai. Selain itu, juruteknik kami yang terlatih dan berperalatan lengkap dapat memberi perkhidmatan yang terbaik. Demi memastikan pelanggan akan mendapat ketenangan serta senang hati di rumah, kami memberi jaminan mengikuti servis pakej yang dipilih. Sekiranya, infestasi anai-anai menimbul lagi dalam tempoh waranti servis pakej tersebut, kami akan menjalankan rawatan semula.
Efektif - Zon terawat dibuktikan berkesan untuk membasmi dan mengurus infestasi anai-anai dengan rawatan racun anai anai yang berkesan
Perlindungan Jangka Panjang - Servis pakej kami memberi struktur perlindungan selama 2 hingga 5 tahun berdasarkan pakej yang ditandatangani
Pengendalian Koloni Anai-Anai Professional - Kesemua juruteknik kami telah menjalani latihan intensif dan mempunyai kecekapan pengurusan koloni anai-anai.
Jumpa anai-anai di rumah? Jangan tunggu sehingga masalah anai anai bertukar serius. Hubungi kami hari ini di 1300 881 911 untuk menghapuskan infestasi anai-anai