Hubungi kami di 1300 881 911
Keperluan pemeriksaan anai-anai secara berkala amatlah diperlukan bagi menilai keadaan harta benda yang lebih lebih terdedah kepada serangga perosak kayu kerana kebanyakkan rumah dan bangunan di Malaysia sentiasa berisiko daripada serangan anai-anai.
Dicadangkan untuk mempunyai pemeriksaan yang cekap bagi mengenalpasti sebarang potensi masalah anai-anai yang mungkin berlaku, supaya anda mempunyai fikiran yang tenang. Selepas pemeriksaan anai-anai selesai dijalankan, kami akan memberikan penyelesaian yang berkesan untuk anda dan rawatan yang ada jika terdapat aktiviti anai-anai aktif. Jika tiada tanda anai-anai aktif, pakai anai-anai kami akan memberikan nasihat kepada anda mengenai pelan pemantauan anai-anai yang proaktif, terutama jika anda berada dikawasan berisiko tinggi.
Pemeriksaan Intensif Anai-anai Rentokil (RITI) secara berkala merupakan perlindungan terbaik terhadap anai-anai dengan memberikan pengesanan awal aktiviti anai-anai, menyelamatkan anda daripada kerosakan yang serius dan kos yang tinggi bagi membaiki harta benda anda.
Dijalankan oleh Pasukan Khas Kawalan Anai-anai - Pemeriksaan Anai-anai Intensif Rentokil dijalankan oleh pakar anai-anai yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan ilmu mendalam mengenai anai-anai dan merupakan kepakaran tempatan. Mereka juga dilengkapi dengan pelbagai latihan yang luas dan membolehkan mereka mengemukakan cadangan kawalan anai-anai yang betul.
Penilaian Risiko Tapak - adalah diselesaikan dengan mematuhi keperluan Kawalan Rentokil Perosak untuk memastikan bahawa semua rawatan yang dijalankan di premis anda adalah selamat.