Hubungi kami di 1300 881 911
Kaedah Pemantauan Anai-anai Rentokil adalah direka khas bagi menyediakan pendekatan secara holistik untuk mengurangkan risiko serangan anai-anai bawah tanah pada harta benda anda. Pelan pemantauan ini menggunakan stesen umpan bawah tanah bagi memantau aktiviti anai-anai sebelum ia menyerang harta benda anda.
Ia adalah pakej pemantauan yang menawarkan kos sesuai dengan memenuhi anggaran anda. Tiada siapa yang boleh memberikan jaminan bahawa anda tidak akan mempunyai masalah anai-anai, pakar kami boleh mencadangkan langkah mudah bagi melindungi bangunan daripada anai-anai dengan pemantauan keadaan di rumah atau harta benda anda secara proaktif.
Apakah Pemantauan Anai-anai?
Pelan ini merupakan satu bentuk pemantauan anai-anai yang melibatkan stesyen pemantauan anai-anai yang tidak memberikan gangguan dan terletak di sekitar harta benda anda bagi mengesan aktiviti anai-anai. Jika aktiviti anai-anai dikesan, pakar Rentokil dapat mencadangkan plan pencegahan dan penghalauan yang sesuai untuk anda.
Pakar anai-anai akan memantau aktiviti stesen-stesen ini secara rutin.
Siapakah harus menggunakan Pemantauan Anai-anai?
Program Pemantauan Anai-anai Rentokil amat sesuai bagi pemilik hartanah yang ingin mengambil langkah proaktif bagi melindungi kediaman dan perniagaan mereka daripada serangan anai-anai terutama di kawasan berisiko tinggi dengan anai-anai.
Ciri-ciri: