Nikmati Rebat Sehingga RM628*
Daftarkan perkhidmatan rawatan anai-anai untuk menikmati rebate tersebut. Promosi hingga 5 Mei 2023.
Untuk maklumat lanjut>>
Hubungi kami di 1300 881 911
Anai-anai boleh menyerang rumah anda tanpa amaran. Di Malaysia, jumlah kerosakan akibat infestasi anai-anai mencecah lebih kurang RM40 juta setiap tahun. Selain daripada kerosakan struktur bangunan dan perabot, masalah anai-anai juga akan menyebabkan kecederaan ataupun kematian, sekiranya bumbung rumah runtuh akibat serangan anai-anai yang serius.
Tahukah anda bahawa kerosakan rumah akibat infestasi anai-anai adalah lebih biasa berbanding dengan banjir dan kebakaran. Ini adalah kerana persekitaran tropika dan kelembapan tinggi di negara kita mengalakkan penambahan populasi koloni anai-anai. Dan kerosakan akibat anai-anai ini adalah tidak dilindungi oleh insurans rumah.
Jangan panik sekiranya rumah anda telah diserang oleh anai-anai. Sebagai peneraju pasaran dalam bidang kawalan perosak, Rentokil menawarkan pelbagai jenis kawalan yang boleh menghapuskan anai-anai di rumah anda. Dengan 50 tahun pengalaman, kami yakin boleh menyelesaikan masalah anai anai anda dengan cepat dan berkesan.
Pakej kawalan anai-anai kami menawarkan jaminan servis hingga 8 tahun termasuk rawatan semula. Pembayaran fleksibel dengan pelan ansuran faedah 0%. Hubungi Rentokil berhampiran anda, servis kami meliputi seluruh Malaysia - Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Butterworth, Ipoh, Kedah, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Terengganu, Kota Bharu, Sabah dan Sarawak.